Farming Simulator
Farming Simulator

Farming Simulator

Farming Simulator ialah siri permainan video simulasi pertanian yang dibangunkan oleh GIANTS Software. Permainan mengambil tempat di persekitaran Amerika Utara dan Eropah sehingga pemain hanya dapat menanam tumbuhan yang sesuai bagi iklim 4 musim seperti: gandum, oat dan lain-lainnya. Moda utama dalam permainan ini ialah moda kotak pasir. Pemain boleh memilih jika mereka ingin moda asal, moda arena ataupun moda kempen. Pada moda asal dan moda kempen pemain diberi kebebasan tanpa perlu dicabar atau terhad oleh misi jika ingin merayau ke tempat-tempat dalam peta atau memulakan ladang, menebang pokok di hutan, membiakakan haiwan ternak, menanam gandum, memindahkan barangan hasil kebun dengan truk angsun, menghantarkan hasil pengetaman mengguna lori bagi dijual. Wang yang didapat dari hasil berladang dapat diguna bagi membeli hartanah atau alat-alat berladang lain semisal dozer.Permainan ini telah laris lebih daripada 25 unit jika semua ansurannya digabungkan, serta melampaui hampir 100 juta dimuat turun pada platform mudah alih.[3] Permainan ini pada asalnya dikemas, dikembangkan kemudian dikeluarkan semula setiap dua tahun, (tidak termasuk ansuran paling baharu mereka) dengan grafik yang lebih baik, pelbagai kenderaan yang beragam dan misi atau matlamat yang lebih menarik bagi dilakukan oleh pemain.

Farming Simulator

Platform iOS, iPadOS, Android, Kindle, Microsoft Windows, Mac OS, PlayStation 3, PlayStation Vita, Xbox 360, Nintendo 3DS, PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, PlayStation 5, Xbox Series X/S, Commodore 64,[1] Stadia
Keluaran terkini Farming Simulator 23
23 Mei 2023; 7 bulan yang lalu (2023-05-23)
Keluaran pertama Farming Simulator 2008
14 April 2008; 15 tahun yang lalu (2008-04-14)[2]
Penerbit
Genre Simulasi pertanian
Pembangun GIANTS Software (2008–sehingga kini)